Nur Afifi Othman

HOME ABOUT STUFF LINKIES FOLLOW DASHBOARD

٢٠ and truly blessed . Shout if you like my blog and thanks for following me (:

less egos, more amigos 🥑
Bachelor in Mechanical Engineering



;


© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Image from . Do tell me if I do not credit yours.



Salam Maulidur Rasul :)
Wednesday, January 23, 2013 | 0 peterpan(s)

Assalammualaikum w.b.t Rasanya dah lama fifi tak update blog nih kan..Al-maklumlah orang last batch nak ambil PMR.. Balik kepada tajuk di atas.. Untuk informasi korang,umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.
  Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah.Kalau setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda adalah satu kesilapan dalam pendekatan serta memahami keutamaan.
  ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ Apa maksud wasatiyyah?? Wasatiyyah bermaksud tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.
   Oleh itu,marilah kita ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di samping mengenang kembali perjuangan Baginda untuk memperluaskan agama Islam ke seluruh pelosok dunia dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.